Kelas Multiplication Times 2

12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mei 2019, bersamaan hari Sabtu, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PI) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Multiplication Times 2 selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang. Kelas ini telah dihadiri seramai 1 orang peserta.

Kelas ini diadakan bertujuan membantu peserta dalam menghafal dan mengingat sifir.Kami telah meminta pelajar membuka halaman www.timestables.com dan peserta dapat menghafal serta menguji tahap hafalan melalui aktiviti dan permainan yang disediakan. Pada akhir kelas,peserta dapat memahami apa yang dipelajari dan berharap agar ada sambungan pada kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali